Monday, March 2, 2020

Bisnes dan kejayaan

Banyak yang perlu kita pelajari dari masa ke semasa.
Perjalanan pejuangan dalam kehidupan bukan satu2 perkara yang suka2 buat, suka2 tinggalkan.

ianya sama dengan alam perkahwinan.
berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Tetani berat nya tidak akan sama setiap kali kita menghadapi sesuatu permasalahan.

Dah lama saya tidak menjiwai sesuatu episod kehidupan.

Memang segaja tidak mahu membawa hati diri ke arah itu.

Penat nak pulihkan semula.
Penat nak kembali semula ke tahap ''semangat'' tu.

...
bila ada idea nak menulis, tidak kena pada masa dan waktunya.
Bila ada masa mengadap computer, idea hilang kerana waktu bekerja mental harus kuat dan kental.

Maka jari jemari malas nak tulis setiap permasalahan..

Namun ramai orang mahu tahu tapakah masalah dna bagaimana mengatasi setiap masalah tersebut.

...
... cont.... :)

Thursday, August 28, 2014

Orang Kaya

Seminggu aku tidak telepon emak.
Dalam jangkamasa itulah aku selalu mendoakan agar emak sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan sihat sentiasa.

Doaku saban hari adalah untuk ibu.
Kerinduan aku pada ibu sungguh mendalam sehingga tidak dapat hendak dibayangkan bila hampir sebulan tidak melihat wajah ibu. Kalau boleh sekarang juga aku hendak masuk dalam kereta dan drive seorang diri ke JB. 

Dapat tengok ibu dan balik semula ke KL pun dah cukup bagus.
Perjalanan ke JB mengambil masa lebih kurang 3jam setengah jika tidak berhenti di mana-mana RnR.
Drive slowly and safely.... :)

Malam ini aku bicara dengan ibu.
Walaupun baru seminggu saja tidak mendengar suara aku, ibu menangis kerana kerinduannya adalah sudah pastinya melebihi kerinduan aku agaknya.

SEtiap perbualan kami, ibu sering berpesan, agar sentiasa berwaspada dengan kata-kata orang yang aku 'deal' dalam perniagaan.
Aku faham apa yang diperkatakan oleh ibu. aku sendiri sering terkena dek kata-kata manis dan ada kalanya amat menghiris jantung hati ku.

Ibu dapat meneka melalui perbualanku bersamanya. Meskipun aku tidak pernah mengatakan bagaimana perasaan ku dan masalah besar yang aku hadapi, namum hati seorang ibu akan dapat membaca hati anaknya walaupun berjauhan.

Itulah ibu ku tersayang...

Beberapa minggu ini aku sungguh runsing dengan perjalanan perniagaan ku.
Puas aku berdoa agar allah swt menunjukkan kebenaran dan jalan yang mudah untuk aku lalui dalam perniagaan ku ini.

Ramai orang yang telah aku temui dan pelbagai perkara yang timbul.
Ada yang hendak join-venture dalam perniagaanku, ada yang hendak membantu, ada yang hendak meninjau-ninjau dahulu kemudian baru hendak 'deal business'... semuanya ada....

Ada juga aku berjumpa dengan orang-orang kaya. Jutawan katanya.
Berniaga berjuta-juta ringgit.
Mereka mempunyai pelanggan yang besar-besar...
Bayaran setiap belian ratusan ribuan ringgit...
Malah ada yang masih berhutang kemudian dimaki hamunnya...
Macam-macam ada...

Perniagaan ku lebih cenderung ke arah membantu masyarakt dalam membangunkan perniagaan mereka. Menghulurkan ruang dalam bidang kemahiran kahas untuk wanita di Malaysia.
Banyak buku-buku aku yang telah dijadikan bahan rujukkan tetapi aku tidak sekaya mereka yang sentiasa menerima jutaan ringgit.

Mungkin salah aku juga kerana memilih bidang kemahiran, mengajar dan menerbitkan buku-buku kemahiran di mana pulangannya agak lambat.

slow tu tak usah dipertikaikan lagi.... memang slow lah...

Setiap bulan aku sentisa mencari-cari peluang yang ada ditawarkan oleh kerajaan. Atau bakal-bakal peserta yang akan menyertai setiap kursus yang dianjurkan oleh syarikat aku ini.

Bukan mudah mereka hendak menyakinkan diri bahawa bidang kemahiran boleh buat duit.
Memang bukan mudah....!

Kata-kata orang 'KAYA' ini kepada aku sejak kebelakangan ini sungguh menghiris hatiku.
Oleh kerana perniagaan yang dijalankan hanya 4/5 bulan dan telah mencapai jutaan ringgit, sedangkan perniagaan ku setahun baru mencecah juta, dia mengatakan strategi perniagaan ku bagaikan kusam dan tidak efektif.

Aku menyatakan bahawa aku ingin menjadi MENTOR kepada ramai bakal-bakal perniaga di luar sana, di sangkal dengan menggantikan nama ganti sebagai 'MENTOL'..
Maksudnya aku bukannya seorang MENTOR tetapi aku adalah MENTOL.


Bukan mentol yang memberi cahaya kepada orang lain tetapi kepada dan otak aku ni yang jadi mentol..!!!
Memang panas dan perit bila kata-kata sedemikian ku dengar.
Kalau ada air panas memang aku akan curahkan ke mukanya... 
Kalau boleh hendak saja aku pergi saja dari situ.. tetapi oleh kerana aku harus menunjukkan sikap professionalism, maka semua bisikan syaitan aku pendamkan...

Aku terima kata-kata itu sebagai satu cabaran positif.
Apa yang dapat aku katakan di dlaam hati  adalah... 'akan aku buktikan satu hari nanti..'!













Sunday, August 10, 2014

Cerita Disebalik Buku Saya

Cerita disebalik buku-buku yang saya tulis berbeza-beza.

Setiap buku yang ditulis juga mempunyai sebab musabab dan mungkin semua para pembaca dapat ilham daripada apa yang akan saya sampaikan.
kadang-kadang kelakar pun ada bila difikir-fikirkan.
Walau bagaimana pun berjaya juga disiapkan dan diedarkan ke setiap ceruk tempat di Malaysia.

Sehinggalah sampai ke Brunei dan Singapore, Indonesia, Jepun, Amerika, Australia, negara Arab seperti Dubai dan Jeddah.

Variasi Teknik Jahitan

Buku pertama yang saya tulis ini ditujukan khas untuk ibu tersayang.
Baju yang dipakai oleh model Anita Mohamed ini adalah Baju Kebaya Kota bahru.
Ibu sering memakai semasa mudanya. 
Iye bentuk badan ibu memang cantik.
Ialah orang dulu-dulu memang pandai menjaga badan. pakai korset hampir setiap hari.
Sekarang ni, kalau saya nak pakai korset,.. aduhai... lemas rasanya.

Saya pun hairan. Camne ibu boleh pakai korset setiap kali ibu memakai baju kebaya.
dengan kain Veron kipas depan.
Orang dulu memang berfesyen sungguh.
Sekarang tidak ramai yang pakai baju kebaya kerana ugama kita telah semakin kuat berbanding dengan orang zaman dulu.
Maksud saya adalah orang dulu solat tetapi bila tiba bab memakai tudung dan berfesyen, mereka lebih 'open minded'.
Bab ini memang sukar untuk dipertikaikan.
Zaman sekarang pendedahan melalui media, tv dan cyber lebih meluas dan kesedaran sedikit demi sedikit telah mempengaruhi pemikiran kita semua untuk meutup aurat termasuk saya.

Semasa kecil ibu tinggal di Singapore dan ibu pula pandai menjahit.
kami tiga beradik puas jadi model cilik ibu.
Apa saja fesyen terbaru ibu akan cuba dan buat untuk kita semua.

Suka ke tak suka ke, kita semua kena pakai juga.
Bayangkan, kami semua ada satu almari penuh setiap seorang.
Memang banyak sungguh baju kami.


Sulaman Benang & Manik Labuci























Monday, October 11, 2010

Teknik Sulaman

Sulaman berkilauan yang menggunakan manik, labuci, kristal atau batu permata tiruan telah dimulakan sejak zaman datuk nenek moyang kita dahulu.
Tidak diketahui bilakah titik permulaan penemuan sehingga kini telah menjadi ikut-ikutan.

Saya masih ingat semasa kecil, ibu sering menyulam bau-baju artis Malaysia yang berada di Johor Bahru dan Singapore. Masa itu ibu hanya menyulam beberapa teknik yang diketahui olehnya. Seperti teknik Jahitan Beriring dan Asas Labuci. Ada yang berjuntai-juntai digabungkan dengan mutiara bentuk titisan hujan dan manik bulat, ada yang dijahit secara rapat2 menggunakan kepingan labuci...
Kalau nak diperkatakan, memang ada banyak lagi bentuk2 yang hingga kini saya masih menyimpannya.

Masa tahun 1980an, memang telah ramai pereka tempatan dan antarabangsa menggunakan manik2 sebagai hiasan agar rekaan busana kita kelihatan berseri dan menonjol apabila menghadiri ke majlis2 tertentu.
Ibu pun tidak kurang juga mengayakannya..

Pendek kata apabila telah sampai pada atu ketika manik2 ini, saya namakan satu persatu kemudian dijadikan satu silibus tahap pembelajaran sehingga ia dapat menghasilkan satu pendapatan kepada sesiapa saja yang gemar untuk melangkah terus ke alam pelajaran kemahiran.

Masa itu saya sendiri agak sukar juga bagaimana hendak memulakan agar corak pengajaran saya nanti dapat diikuti oleh orang ramai.

Dari masa ke semasa, ramailah sudah wanita2 yang memperkembangkan konsep teknik yang diadunkan sehingga ia menjadi sekuntum bunga yang lebih menarik.

Saya bersyukur kerana jika 13 tahun dahulu amat sukar untuk kita didedahkan ke dunia fesyen dan kemahiran sebagai pendapatan sampingan. Tetapi dengna keberkatan gabungan ramai wanita, ia telah berjaya menjadikan bidang sulaman manik ini bukan saja sebagai hobi malah ia telah membuahkan seribu harapan kepada yang ingin menjadikan sebagai kerja sambilan dari rumah.

Teruskan usaha anda tanpa berhenti dan serlahkan kemahiran yang tersedia ada dari dalam diri anda sekelian. -RJ

Sunday, June 13, 2010

Kelas Bunga-Bunga Manik

Kelas Bung-Bunga Manik ini sentiasa didatangi peserta yang berminat.
Melalui perkembangan ini, saya pasti ramai yang akan meminati gubahan bunga untuk dijadikan sebagai hantaran bunga telur dan hiasan semasa hari pertunangan.

Harga - RM200
Termasuk peralatan dan sijil penyertaan
Tempat - FTIM Designing Centre
               Kompleks 3C (MPSJ)
Masa - 10am hingga 4pm

Sila hubungi RJ - 03*5638 2949 / 012-217 2949


Thursday, June 3, 2010

LETS TALK OUT FASHION THEN....

Ramai yang masih tidak mengerti bahawa bidang fesyen adalah bubjuk unggul di dunia ini. Sulaman Manik, Kerawang dan Ayak Nyonya adalah sebagai imbuhan penyeri untuk setiap rekaan yang dipertuntunkan di persada dunia fesyen kini.

Saya akan lebih giat dalam dunia fesyen memandangkan perjalanan ke arah kerjayaan dunia fesyen di kalangan masyakat melayu agak kurang dan memerlukan penglibatan yng tinggi.

Kesabaran untuk memahami setiap inci dan cm ukuran harus dipraktikkan dari masa ke semasa agar kemahiran diri tercapai.

Thursday, December 3, 2009

Lets talk about Beadsssssssssssssss

TAHAP GABUNGAN SULAMAN MANIK & BENANG
(Asas & Lanjutan sekali gus)
Dapatkan peluang keemasaan dalam 'Kursus Khas' ini, untuk belajar terus secara 'PERSONAL COACHING' dari RJ sendiri.

TERBARU...!!!!
Sulaman 3D - BUNGA ORKID,... 
Cantik kan....
  

Ramai yang telah berjaya merealisasikan impian untuk menambah pendapatan sampingan yang lumayan.

Setelah mengikuti kursus khas ini, ANDA PASTI BOLEH...!!!!

walaupun anda tidak mempunyai asas jahitan sulaman.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI..!!!!

Harga : RM500
Sijil Penyertaan
PERCUMA 1 BUKU SULAMAN MANIK
Hari : Selasa ~ Ahad
Masa : 10.00am ~ 6pm
Tempat : FTIM Designing Centre

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN...
Anda hanya perlu membawa 5 pasang Baju Kurung - 3 warna POLOS dan 2 yang BERCORAK atau pelbagai warna pilihan anda sendiri.
Padanan sulaman menggunakan Kristal, Manik, Labuci serta Benang akan diterangkan satu persatu semasa dalam kelas nanti.
Manik dan peralatan jahitan /sulaman yang berkaitan dengan konsep sulaman, boleh dibeli di tempat kami.
Setiap lakaran terbaru akan dipelajari di dalam kelas.

JANGKAMASA KURSUS
Anda boleh datang pada bila-bila masa anda sendiri.
Proses pembelajaran tidak terhad di mana anda perlu menghabiskan ke semua 5 koleksi yang dipelajari.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di 03-5638 2949 atau email ke admin@ftimdc.com.